 |
Kemunculan Khairy Jamaluddin di kaca
televisyen Astro Atma malam tadi merupakan
satu pendekatan yang mendedahkan inspirasi
anak muda berpendidikan tinggi yang telah
berjaya meletakkan dirinya di pentas politik
negara bagi membuka mata seluruh rakyat
Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan
ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada
generasi hari ini dan akan datang membuat
tafisran dan renungan dari apa yang
dibentangkan secara spontan oleh Khairy
tentang visinya.
Sepertimana katanya untuk mendedahkan orang
ramai dari semua lapisan kepada satu suasana
pendekatan seperti menggunakan konsep forum,
debat, diskusi, misalnya, adalah satu petikan
yang harus dilihat secara positif kerana
dengan cara itu, semua orang boleh mengambil
bahagian untuk mengemukakan masalah, memberi
pendapat dan memberi peluang penyertaan ramai
meluahkan apa yang dikehendaki sambil mencari
jalan menyelesaikannya dengan lebih
konstruktif.
Justeru itu, akan dengan sendirinya akan
mendekatkan orang ramai dengan pemimpin tidak
kira dari peringkat mana supaya menyedari
bahawa pemimpin perlu turun padang untuk
menemui rakyat dengan banyak cara untuk
mendapat maklum balas yang paling berkesan
untuk diambil tindakan Tags : Khairy Jamaluddin news political commercial Astro Umno |